Saturday 16 April 2011

Khidmat Bantu Saringan 1 dan 4 Lisan


Program Khidmat Bantu Saringan Lisan telah dijalankan sepanjang bulan Mac 2011 di sekitar Rompin Pantai. Sebanyak 10 buah sekolah sempat di lawati, iaitu:-

  1. SK Tanjung Gemok
  2. SK Denai
  3. SK Selendang 1
  4. SK Pontian
  5. SK Janglau
  6. SK Kampong Kolam
  7. SK Rompin
  8. SK Keratong 10
  9. SK Perantau Damai
  10. SJK(C) Rompin

Tahniah kepada semua Guru LINUS sekolah-sekolah tersebut kerana semua sekolah yang dilawati telah menjalankan saringan lisan dengan baik. Namun begitu, sehingga tarikh akhir saringan lisan masih ada sekolah yang belum menyiapkan saringan lisan tersebut. Ini memandangkan dalam tempoh berkenaan murid terlibat dengan latihan sukan tahunan, peperiksaan pertengahan penggal 1 serta cuti sekolah. Guru dinasihatkan agar menggunakan masa yang masih ada sehingga 21 April 2011 untuk menyempurnakan semua saringan lisan tersebut.









Kursus Pemantapan Pedagogi Guru LINUS Daerah Rompin 2011

Program ini telah dijalankan pada 13 dan 14 April 2011 di SK Kampong Kolam dan SK Perantau Damai.
Objektif Program:-
1.1    Memberi pendedahan kepada guru-guru linus baru tentang didik hibur dan
       rekreasi matematik
1.2    Meningkatkan kemahiran pedagogi guru-guru linus
1.3    Memberi peluang kepada guru-guru linus untuk berkongsi idea dalam membina aktiviti-aktiviti yang menarik untuk P&P murid linus
1.4    Memantapkan P&P guru-guru linus
1.5    Memantapkan pelaksanaan linus di peringkat sekolah
1.6    Memberi pendedahan kepada guru-guru linus tentang pengisian data saringan dalam program ‘SMART LINUS’ dan ‘PORTAL NKRA’